Posted by: meorz | November 13, 2008

orang kita?????orang yg pandai

Melayu minta bantuan dari gereja , pusat zakat tak mesra

Oleh AMKNS

Saya ada pengalaman sendiri dalam hal gerakan gereja membantu orang yang susah termasuk kepada orang Islam sendiri. Ketika zaman gawat 1998, seorang rakan saya di Singapura kehilangan sumber rezeki dan cuba mendapat bantuan dari pejabat zakat Singapura. Dia kecewa kerana pelbagai prosidur yang perlu dipenuhi untuk mendapat duit beras hari itu.

Oleh kerana terdesak untuk mendapat sedikit makanan, beliau berjumpa dengan pihak kebajikan gereja Singapura. Tanpa banyak soal, pihak gereja terus memberi sumbangan wang dan meminta alamat rumahnya untuk dihantar stok makanan tambahan lagi.

Kelmarin, sahabat seforex saya, Zuhairi, melaporkan ada seorang insan muslim berjumpa dengan Pusat Khidmat Masyarakat Pas Titiwangsa di Kampong Baru memohon bantuan kesesakan hidup. Dia mengaku telah lama menginap di kuartes gereja dan diberi makan oleh pihak gereja. Kita pun hairan kenapa dia tak berjumpa dengan pejabat zakat atau masjid meminta pertolongan atau dia lebih yakin pihak gereja lebih mudah membantunya tanpa banyak soal.

Yang dapat saya rasakan ialah Pusat Zakat kita tidak dapat membentuk imej mesra fuqara – sentiasa bersangka baik dengan orang yang mengaku susah dan perlu diberi pertolongan segera.
Ada banyak lagi kes-kes lain yang tak perlu saya sebutkan di sini. ……

Cerita benar dan yang sensasi selanjutnya di Blog Bekas Calon PAS Parlimen Tampin http://sokongpr.blogspot.com/2008/11/zakat-bukan-islam.html.

Pemudawilayah – Isu dan aduan terhadap Pusat Zakat atau Baitulmaal sudah menjadi perkara yang serius. Begitu banyak umat Islam yang dhaif memerlukan bantuan tetapi dinafikan atas pelbagai sebab yang berkaitan birokrasi. Pertanyaan asal usul, agama dan sesekali kena marah kerana tak cari kerja sering diterima oleh mereka yang berurusan di kaunter bantuan zakat!

Kalau orang itu asalnya dari negeri Terenggannu dan datang bermusafir di KL. Bila kesempitan duit mereka cuba minta bantuan di PPZ atau Baitulmaal Kuala Lumpur, malangnya jarang sekali ditolong atas alasan, hasil zakat KL hanya untuk orang KL.

PPZ dan Baitulmaal juga kelihatan tidak serius untuk turun padang mengesan umat Islam yang dhaif.  Kadang kala kita hairan bagaimana Gereja yang tidak mendapat pembiayaan dari Kerajaan dapat memberikan khidmat terbaik buat orang bukan Islam dan umat Islam juga. Walhal duit zakat kita tidak pernah dikongsikan dengan yang bukan Islam, tapi nampak macam tak cukup untuk bantu umat Islam pula. Ke mana duit itu dibelanjakan. Kepada pengurus zakat, berhati-hatilah takut nanti ia akan menjadi alasan untuk anda dinafikan hak memasuki Syurga Allah.

One Response to “Melayu minta bantuan dari gereja , pusat zakat tak mesra”

  1. Asalamualaikum,

    Satu kejadian yang hampir sama juga telah berlaku di Sg Petani pada satu ketika dulu. Waktu itu melibatkan seorang pekerja kilang yang memerlukan bantuan untuk rawatan hospital. Tetapi di tolak. Kesudahannya dengan jasa baik seorang guru India Kristian, sedikit sumbangan dari gereja telah diperolehi tanpa banyak kerenah.

    Tetapi kalau nak buat bangunan baru yang indah atau pelaburan saham yang besar barangkali tidak bagitu susah kut.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.