Posted by: meorz | November 20, 2008

WANG KOLEKSIKU

Assalammualaikum semua….

berjumpa lg dlm blog meorz.apa yg ingin diperkatakan selepas ini adalah rahsia.aku suka kumpul wang lama.kenali wang ini dapat mengenai sesebuah bangsa dan negara.aku berkongsi hobi ngna bapa gua.hobi yg sering dibeleteri oleh mak bonda.namun gua belum lg jd seorang pengumpul yg tegar,biasala benda susah nak dapat.semua wang ini gua beli di lokeng dan pasar karat(org2 yg tau je).the latest is ebay la.famous la ni .ini mungkin koleksi yg terbaik.

set2a

set1a

  byk lg beb.dari zaman malaya ke malaysia.

paling saya sayang adalah duit uncut….

sama2 kita kongsi hobi dan cerita

meor 012-5964886

Posted by: meorz | November 13, 2008

orang kita?????orang yg pandai

Melayu minta bantuan dari gereja , pusat zakat tak mesra

Oleh AMKNS

Saya ada pengalaman sendiri dalam hal gerakan gereja membantu orang yang susah termasuk kepada orang Islam sendiri. Ketika zaman gawat 1998, seorang rakan saya di Singapura kehilangan sumber rezeki dan cuba mendapat bantuan dari pejabat zakat Singapura. Dia kecewa kerana pelbagai prosidur yang perlu dipenuhi untuk mendapat duit beras hari itu.

Oleh kerana terdesak untuk mendapat sedikit makanan, beliau berjumpa dengan pihak kebajikan gereja Singapura. Tanpa banyak soal, pihak gereja terus memberi sumbangan wang dan meminta alamat rumahnya untuk dihantar stok makanan tambahan lagi.

Kelmarin, sahabat seforex saya, Zuhairi, melaporkan ada seorang insan muslim berjumpa dengan Pusat Khidmat Masyarakat Pas Titiwangsa di Kampong Baru memohon bantuan kesesakan hidup. Dia mengaku telah lama menginap di kuartes gereja dan diberi makan oleh pihak gereja. Kita pun hairan kenapa dia tak berjumpa dengan pejabat zakat atau masjid meminta pertolongan atau dia lebih yakin pihak gereja lebih mudah membantunya tanpa banyak soal.

Yang dapat saya rasakan ialah Pusat Zakat kita tidak dapat membentuk imej mesra fuqara – sentiasa bersangka baik dengan orang yang mengaku susah dan perlu diberi pertolongan segera.
Ada banyak lagi kes-kes lain yang tak perlu saya sebutkan di sini. ……

Cerita benar dan yang sensasi selanjutnya di Blog Bekas Calon PAS Parlimen Tampin http://sokongpr.blogspot.com/2008/11/zakat-bukan-islam.html.

Pemudawilayah – Isu dan aduan terhadap Pusat Zakat atau Baitulmaal sudah menjadi perkara yang serius. Begitu banyak umat Islam yang dhaif memerlukan bantuan tetapi dinafikan atas pelbagai sebab yang berkaitan birokrasi. Pertanyaan asal usul, agama dan sesekali kena marah kerana tak cari kerja sering diterima oleh mereka yang berurusan di kaunter bantuan zakat!

Kalau orang itu asalnya dari negeri Terenggannu dan datang bermusafir di KL. Bila kesempitan duit mereka cuba minta bantuan di PPZ atau Baitulmaal Kuala Lumpur, malangnya jarang sekali ditolong atas alasan, hasil zakat KL hanya untuk orang KL.

PPZ dan Baitulmaal juga kelihatan tidak serius untuk turun padang mengesan umat Islam yang dhaif.  Kadang kala kita hairan bagaimana Gereja yang tidak mendapat pembiayaan dari Kerajaan dapat memberikan khidmat terbaik buat orang bukan Islam dan umat Islam juga. Walhal duit zakat kita tidak pernah dikongsikan dengan yang bukan Islam, tapi nampak macam tak cukup untuk bantu umat Islam pula. Ke mana duit itu dibelanjakan. Kepada pengurus zakat, berhati-hatilah takut nanti ia akan menjadi alasan untuk anda dinafikan hak memasuki Syurga Allah.

One Response to “Melayu minta bantuan dari gereja , pusat zakat tak mesra”

  1. Asalamualaikum,

    Satu kejadian yang hampir sama juga telah berlaku di Sg Petani pada satu ketika dulu. Waktu itu melibatkan seorang pekerja kilang yang memerlukan bantuan untuk rawatan hospital. Tetapi di tolak. Kesudahannya dengan jasa baik seorang guru India Kristian, sedikit sumbangan dari gereja telah diperolehi tanpa banyak kerenah.

    Tetapi kalau nak buat bangunan baru yang indah atau pelaburan saham yang besar barangkali tidak bagitu susah kut.

Posted by: meorz | Mei 7, 2009

Alatan ‹ Meorz’s Blog — WordPress

Alatan ‹ Meorz’s Blog — WordPress.

Posted by: meorz | Mei 7, 2009

permata oh permata

Posted by: meorz | Disember 19, 2008

CAYA….

kembara seniman jalanan” Says…

“TELUNJUK LURUS DIGALAS IBU JARI,SAHABAT TULUS MENGASAH HATI DAN BUDI”
Music aku suka muzik dari zaman m.nasir,search,ramli sarip .mereka lebih pada soul… x lupa pada mohram…main muzik betul2 dari hati…
Movies pulak cerita yang byk falsafah. bukan citer ngarut yg pikir nak untung jer kalau wat filem…citer melayu biasa hero hensem2 cuba tgk filem barat..hero pecah umah tapi filem box office..p.ramlee x perlu hensem nampak manje pun dah ok
TV berita kul 8.00mlm liga sepanyol. gua footballler.tp la ni dah xde geng.member gua bleh g putrajaya pulak.bt keje letrik.aiya beb.dia fan real madrid.and die hard fan perak & khalid.hahahahah
Books amzah fansuri,hamka,kisah sahabt,s.h.alattas,hishamudin rais,u wei ,zunar dll.all hardcore.
Sports
bab sukan nie apa pun layan..jgn golf sudah,apa yang best sgt aku pun x tau…
Dreams
aku nak jadi kaya je, supaya senang famili aku
Best Features
ntah
About Me
aku nie simple,x suka nak marah tp jgn bg aku marah, suka lukisan abstrak,muzik ,kadang2 aku nie pun x tau tentang diri aku..pada aku hidup mesti dlm ketenangan jer..lain x yah ,byk duit hati x tenang wat per..aku x suka pada orang yang bermuka2.penipu ..kawn kerana adA kepentingan..oranismailaliaspohonberbisik_smallg mcm 2 boleh blah dalam hidup aku
Posted by: meorz | Disember 19, 2008

FILEM KITA-SUKA TP HALUS

Assalamualaikum
warahmatullah dan selamat sejahtera semua. Tadi semasa sedang saya menyiapkan
sebuah posting berkenaan isu penggunaan nama Allah yang menjadi polemik baru
yang ditimbulkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, perhatian saya kepada kerja
yang sedang dibuat itu terganggu dengan skrip sebuah drama televisyen yang
sedang ditonton oleh isteri saya.

Oleh kerana saya biasa
menaip artikel dihadapan ruang tamu, maka semua yang disiarkan di televisyen
dapat saya dengari. Saya tidak pernah mengambil sebarang perhatian terhadap
drama ini malah tidak pernah mengikutinya. Bagi saya, ia hanya sebuah dari
ribuan sogokan ‘penceramah-penceramah’ bebas yang

cuba

mengajar penonton menjadi baik
dengan memaparkan isu yang tidak baik.

Sangat menghairankan
dengan contoh dan tauladan yang hendak dipaparkan. Sebagai contoh, perlukah
kita untuk mengajar anak kita supaya tidak mencuri, maka perlulah kita menjadi
pencuri dan membiarkan diri kita tertangkap di depan anak supaya dapat di ambil
pengajaran oleh anak tersebut?

Apa yang saya
perhatikan lewat ini, terlalu banyak drama dan filem yang hilang nilai seninya.
Para karyawan memaparkan hasil kerja mereka dengan membuat interpretasi pada
tahap kualiti mee segera untuk menyampaikan sesuatu isu yang

cuba

disogokkan kepada penonton
Melayu terutamanya.

Filem dan drama
seharusnya dapat digunakan sebagai medium dakwah bagi mengisi fardu kifayah
yang kini hanya menjadi medan perjuangan kosong dan sembrono golongan ‘Abid
yang tidak berilmu dan menjadi medan yang ditinggalkan golongan ‘Alim yang
tidak mahu mempraktikkan ilmu mereka.

Maka oleh kerana
kecewa, maka filem Melayu terakhir yang pernah singgah di jiwa saya hanyalah
Filem Bonda lakonan M. Nasir satu ketika dulu. Jika hendak bermesej dan
berkhutbah, filem ini bolehlah sedikit diambil contoh. Tidak semak dengan
sogokan mesej yang entah apa-apa yang dibebelkan.

Sebenarnya khalayak
seni kita telah lama dijangkiti sifat dan sikap tangkap muat. Ini tidak hanya
terkena kepada pelakon, tetapi terkena juga kepada pihak penulis skrip,
pengarah dan penerbit yang seharusnya merupakan orang yang bijak dan teliti
mutu kerjanya.

Baru-baru ini juga,
semasa sedang berbual dengan adik beradik saya yang lain di ruang tamu rumah
ibu saya, sebuah drama baru sedang disiarkan dengan berlatarbelakangkan Negara

China

sebagai
tempat di mana watak-watak ini bermastautin. Yang menariknya, intipati serta
dialog dalam drama ini menunjukkan si pengarah, si penulis skrip dan si pelakon
dalam drama tersebut merupakan antara penggiat-penggiat seni yang paling tidak
teliti dalam menghasilkan kerja. Pendek kata memang budaya malas untuk membuat
penelitian terhadap mutu kerja berakar umbi dalam drama-drama sebegini.

Salah satu contoh
ketara ialah apabila seorang pelakon wanita dalam siri tersebut menjerit
meminta tolong semasa di jalanan Negara

China

. Apa yang dijeritkan pelakon
tersebut ialah ‘Cho Me Ngaaaa!!!”. Jika anda peminat filem Jacky Chan atau
Stephen Chow, tentu anda biasa mendengar dialog jeritan sebegitu. Jadi apa yang
tidak kenanya? Yang tidak kenanya ialah, Negara

China

bahasa utama yang menjadi
perbualan rakyatnya ialah Bahasa Mandarin. Sedangkan ‘Cho Me Ngaa!! Itu
sebenarnya ayat dari Bahasa Kantonis. Jika ramai orang Melayu kurang minat
untuk menonton drama Melayu, janganlah disalahkan kepada mereka. Jika anda
menjual karipap basi, janganlah harap ada pembeli yang akan datang membelinya
setelah tertipu satu ketika dulu. Ambillah pengajaran. Kerja tangkap muat ini
sebenarnya membunuh daya keupayaan akal penonton yang disogokkan dengan
perkara-perkara karut dan kurang teliti.

Saya bukanlah peminat
drama atau filem Melayu kecuali filem-filem arahan Tan Sri P. Ramlee, beberapa
filem Uwei, satu dua filem dari dato’ Jins Shamsudin dan beberapa filem dari
Dato’ Rahim Razali.

Saya tidak pernah
menulis apa-apa artikel tentang seni di sini walaupun saya merupakan
peminatnya. Tetapi apa yang berlaku dalam drama Jelatang tadi membuatkan saya
tergerak untuk menulis artikel ini sebagai mengingatkan penggiat-penggiat seni
dan para pengunjung blog ini (www.satuhala.blogspot.com) serta
mereka-mereka di badan Penapis Filem dan Drama. Jangan ditelan apa yang

cuba

disogokkan tanpa memeriksa dulu isikandungannya, kelak apa yang terjadi dalam
drama ini, tidak mustahil akan menjadi lebih berleluasa lagi di masa akan
datang.

Sedang saya menyiapkan
artikel bertajuk ‘Mereka Ingin Meminjam Allah….” (InsyaAllah saya akan muatkan
postingnya esok & kemudian akan saya sambung posting berkenaan perkahwinan
Rasulullah s.a.w.) Saya terdengar dialog yang diucapkan oleh seorang watak
lelaki dalam drama Jelatang (8 Januari 2008) tersebut. Apabila saya amati dan
menumpukan perhatian, kelihatan satu watak (menurut isteri saya bernama Salman…
jika salah maafkan saya kerana saya tidak mengikuti cerita tersebut) sedang
membaca sekeping

surat

dihadapan seorang gadis yang terlantar sakit di hospital. Saya tidak mengetahui
apa ceritanya perempuan itu terlantar sakit, tetapi yang saya tahu kata-kata
yang sedang diucap tersebut merupakan kata-kata yang ditulis oleh ibu lelaki
tersebut kepada perempuan yang sakit itu.

Apa yang membuatkan
saya terpanggil untuk mengamati bait-bait dialog yang sedang diucap tersebut
ialah kerana saya seakan-akan pernah mendengarnya di suatu tempat yang lain.
Kalau tak silap saya ia berbunyi sebegini…

Ibu manakah yang
jika anaknya minta ikan dari padanya, dia akan memberikan ular kepada anaknya
itu sebagai ganti ikan?Atau, jika ia minta telur, akan memberikan kepadanya
kalajengking?(ed- lebih kurang begitulah bunyinya.)

Oleh kerana semasa
menulis artikel “Mereka Ingin Meminjam Allah..” saya menggunakan Tafsir
Al-Qur’an dan dua buah Bible dalam simpanan saya untuk dibuat rujukan, maka
dengan secara tidak langsung saya teringatkan kepada ayat yang saya pernah baca
dalam kitab Bible (Perjanjian Baru) dalam sebuah surah bernama Luke Fasal 11.

Lalu saya pun membuka
Bible (versi King James) yang ada di depan saya dan mencari surah tersebut
kembali untuk memastikan bahawa apa yang saya dengar itu memang ayat dari Bible
yang saya pernah baca.

Apabila surah Luke
fasal 11 di buka, saya membaca ayatnya dari ayat 1 hingga 54. Nyata jangkaan
saya tidak meleset. Luke fasal 11 menceritakan mengenai Jesus yang sedang
berdoa di suatu tempat dengan pengikutnya. Lalu para pengikutnya menanyakan
kepadanya satu doa yang boleh kiranya diajarkannya kepada mereka. Lalu Jesus
mengajarkan kepada pengikut-pengikutnya cara berdoa dan apa bentuk doa yang
seharusnya diminta.

Kemudian Jesus
menasihatkan pengikutnya mengenai jangan putus harapan dalam berdoa, kerana
Bapa mereka (Tuhan Bapa) tidak akan membiarkan serta menghampakan permintaan
anak-anakNya (iaitu umat Kristian pengikut Jesus). Kemudian dia (Jesus)
memberikan contoh bagaimana Tuhan Bapa itu menyayangi anak-anakNya dalam ayat 9-12
surah Luke fasal 11 tersebut.

Luke 11 : 9-12
And I say unto you, Ask, and it shall be given you; seek, and ye shall
find; knock, and it shall be opened unto you. For every one that asketh
receiveth; and he that seeketh findeth; and to him that knocketh it shall be
opened. If a son shall ask bread of any of you
that is a father, will he give him a stone? or if he ask a fish, will he for a
fish give him a serpent? Or if he shall ask an egg, will he offer him a
scorpion?

Terjemahannya : Oleh karena itu Aku berkata kepadamu: Mintalah,
maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketoklah, maka
pintu akan dibukakan bagimu. Karena setiap orang yang meminta, menerima dan
setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetok, baginya
pintu dibukakan. Bapa manakah di antara kamu,
jika anaknya minta ikan dari padanya, akan memberikan ular kepada anaknya itu
ganti ikan? Atau, jika ia minta telur, akan memberikan kepadanya kalajengking?

Cuma yang berbeza
ialah perkataan bapa diganti dengan perkataan ibu dalam skrip drama tersebut.
Samada disengajakan atau tidak, saya tidak berhak untuk menilaikannya. Tidak
salah membaca Bible dan kandungannya tetapi hendaklah anda mempunyai ilmu
sebelum mengambil mana-mana ayat dan kata-kata di dalamnya untuk dijadikan
hujah dan dialog. Silap haribulan, rosak akidah nanti. Dalam drama tersebut
tidak dinyatakan langsung kata-kata tersebut diambil dari mana. Yang dinyatakan
dalam skrip tersebut hanyalah kata-kata yang diambil dari sebuah kitab. Namanya
tidak dinyatakan. Tetapi sangat jelas kini, bahawa kitab tersebut merupakan
Bible iaitu surah Luke fasal 11.

Oleh kerana majoriti
penonton yang menontonnya ialah Melayu Islam, maka sekiranya ada muslihat
terlindung untuk mempromosi Bible dan Kristian di dalam media arus perdana pada
waktu prima, maka seharusnya stesen televisyen dan kementerian mengambil
langkah-langkah proaktif menggantikan panel-panel penilai yang sangat pasif
dalam membuat kerja. Apakah negara kita sekarang ini diserang dengan sindrom
‘tidur’. Dari atas sampai ke bawah, dari penulis skrip hingga ke pelakon, dari
penerbit sampai ke panel stesen televisyen, semuanya tidur nyenyak sehingga
tidak perasankan yang nyamuk sudah pun masuk dalam kelambu.

Berhati-hatilah,
setahu saya ada akta yang menghalang penyampaian secara terbuka mana-mana
doktrin agama selain Islam dalam media arus perdana sebagai menghormati
Perlembagaan Negara. Kita tunggu apakah mereka akan senyap dengan isu ini atau
pun diambil perhatian dan tindakan. Kepada semua orang Islam, berhati-hatilah
kerana berkelambu itu bukan jaminan nyamuk tidak boleh lepas masuk… Sekian …
wallahua’lam….

Posted by: meorz | November 14, 2008

KLASIK….

Setiap ada hobi,ada kegemaran,ada kesukaan.mestilah!!! lu org ok?????aku mcm2 ada.pertukarn hobi?manyak nye persoalan…aku tetap mcm ini.aku suka yg klasik.org lama ke tu?tanya lagi.kita ckp tentang filem.filem klasik ,org ckp mcm filem p ramlee..ye ke?nak tgk bujang_lapok_01

ni ke dia filem klasik?atau ni…panggilan_pulau2_01

tebuk dada tanya pemikiran.aku banyak terdedah dgn filem.best mendalami filem ni.penuh kata2 , penuh ciretera ,tiada kompromi.aku skrg lebih atau ini mengenali filem2 indie.ha.ha ada bran?filem ni satu medium bangsa sebenarnye.bahasa melambangkan bangsa,agama dan kepercayaan.contoh kerap kali kita lihat,of course p ramlee film la.kata2 dia fuhh

-Filem ‘Merana’ (1954)-

…hati
membuatku
terkenang kepadamu
dengan mesra

ingin punya dirimu
jelitaku
kaulah permata
idaman hatiku

bila masa kita
akan berbahagia
hidup nan serupa
burung di angkasa

juwita pujaanku
sambutilah
kata dari kalbuku
nan merindu

berilah pengharapan
kepadaku
untuk kuletakkan
cintaku di jiwamu

karya agung dari apa di hati,banyak lagi cuba kita lihat:

TIADA KATA SECANTIK BAHASA

Tiada kata secantik bahasa
untuk ku puji adinda
tiada gambar secantik lukisan
nak ku tunjuk perasaan

oh dinda puspa gemala
mengharung jiwa
dinda puspa gemala
mustika kanda
namun musim berubah suasana bertukar
tapi ikatan mesra
sikit pun takkan longgar

tiada kata secantik bahasa
untuk ku puji adinda

Posted by: meorz | November 14, 2008

POS BASIK MX…

Disyorkan sesiapa yg berminat applyla kursus ni.jgn dah jd u32 or golongan pimpinan br nak ambik.sgt bagus.termasuk dalam skop pembelajaran adalah pengurusan masa dan strees.ini penting,bkn saje boleh di serap dlm bidang pekerjaan malahan dlm hidup seharian.setiap pengurusan penting untuk mewarnai kehidupan.00050521myy11

Posted by: meorz | November 14, 2008

pos basik mx.

pos basik ini bt suke2 je.cari & nak ramaikan geng.semua bidang perubatan sokongan ada.tu mula2 yg gua rasa la.tp bila dah ok,dah kenal,lain jd pulak.terlalu banyak benda yg gua belajar.yg gua terima dan dapat.sEMUA sedikit sebanyak jadikan diri ini kuat.segala ilmu akanku gunakan.thanks kpd otai2.kadang2 kami byk gelakkan otai2 ni.mampus lawak pecah perut.mcm2 kerenah la.ilmu ni sgt berguna utk masa depan.semua gua ceduk & suapkan seenak2 nye.dari zero to hero.mx=management okey.

ini gambar geng2 pos basik gua.pelbagai kaum & lapisan masyarakat00060521myy11

Posted by: meorz | November 13, 2008

KITA TGK LG…..

Renungan untuk diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian.

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
========================================================

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan
tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang
melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda “Iaitu mengakhirkan waktu
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka
mereka diancam dengan neraka wail”.

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas
“Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai
kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak
bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya”.

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda “Sesiapa yang mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki
pintu besar dari pintu dosa-dosa besar”. (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua’lam.

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
—————————————————

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di
dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih
tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan
membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama “Sujaul Aqra” dan ular itu
berkata:

“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan
sembahyang Subuh.”

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan
dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang
Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,
begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak
dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan
seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMAWAKTU
—————————————–

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah
ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan
perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan
sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam
badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah
seterusnya.

PEMINUM ARAK
————————-

Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di
tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah
suara yang menyeru,”Inilah si polan anak si polan!” Tatkala semua
manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau
mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang
berhimpun di PadangMahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau
busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus
ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke
dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh
pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar
dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan
dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang
bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan
mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.

MENGKIANATI HARTA
———————————–

Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda
yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun
ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul,
malaikat akan menekan kepala mereka supaya men-yelam semula serta
dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah
diulang-ulang selama mereka di laut itu.

AZAB BAGI YANG KEDEKUT
——————————————-

Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan
atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar
yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.

SAKSI BOHONG
————————

Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung
pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan
kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur
luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi.
Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.

MENGUMPAT
———————

Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga
putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat
sangat.
Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting
lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap tingkat neraka
ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu
cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah
yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti
anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan
buah-buah kayu tersebut.

Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun
perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang.
Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor
kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.

—————————————————-
Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar.
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit,
pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil
iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita
manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.

Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan
dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya
adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba
masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang
kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak
mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang
Allah swt, dan diampunkan dosa kita.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa
yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah
akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa
itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat,
menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang
berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt.

Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan
mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi
kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

Wallahua’lam.


Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.